Wednesday, November 18, 2015

The stories :)

Bismillah ♥

I'm back after a very very long rest.

Banyak entri dalam blog ni yang dah aku delete disebabkan aku  rasa ia bukanlah satu entri yang matang dan patut dikongsikan. Maklum lah, zaman dolu dolu kan. Hihii.

Wujudnya blog ni atau nama lain ia 'Mr BB' dari aku tamat SPM sampai lah ke hari ini. Cuma aku berhenti menulis masa sem lima/enam dekat Politeknik. Salah satu sebabnya adalah tak ada line Internet dan kesibukkan melanda diri.

Lets me share something about myself in a year ago until now.

Pertama, aku berjaya menghabiskan pembelajaran aku dalam peringkat diploma selama 3 tahun dengan jayanya mungkin. Alhamdulilah, dan aku dah pun bergraduasi dengan jayanya.(gambar nanti aku kongsikan)

Yang kedua, sepanjang 3 tahun ada dekat poli tu hanya ada dua insan sahaja yang sudi berkawan baik dengan aku sehingga sekarang. Mereka yang sebelumnya menjadi musuh aku kini menjadi kawan yang sangat akrab dengan aku. Sangat tidak disangkaa. Kawan yang aku maksudkan itu adalah Suryani dan Allahyarhamah Nurul Hasanah Binti Abd Aziz.(nanti aku terangkan kenapa)

Yang ketiga, dalam beberapa bulan yang lepas, salah seorang sahabat baik aku telah kehilangan Ayahanda tercintanya. Aku cukup terkilan sebab tak dapat bersama sama dia waktu dia dalam kesedihan. Ianya kerana aku berada jauh diseberang laut. Hanya doa dapat aku kirimkan buat dia tiap tiap waktu supaya dia sentiasa tabah dalam ujian yang menimpa. Dan alhamdulilah, ramai teman teman dia berada disamping dia sekarang ini. Moga Allah sentiasa merahmati kau, Khina dan menempatkan roh Ayah kau dikalangan orang orang yang beriman. Aaminn.

Yang keempat, 14 September 2015 adalah hari yang sangat mendukacitakan aku. Aku kehilangan salah seorang sahabat baik aku yang amat aku sayangi.'Allahyarhamah Nurul Hasanah Binti Abd Aziz' buat selama lamanya. Perginya dia menghadap Ilahi pada jam 9 pagi dan yang menjadi asbabnya adalah penyakit leukimia. Terkilan aku payah untuk dinilai sebab tak sempat untuk berjumpa dengan dia buat kali terakhir. Moga kau tenang di sana, sayangku. Aku rindu kau.

Yang kelima, aku kembali menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dalam Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sarawak. Jauh sudah tentu jauh tapi itu lah pilihan aku. Nak mencuba pelbagai benda baru, berdikari di negeri orang yang sememangnya jauh berbeza dengan negeri kelahiran aku sendiri. Selagi masih muda dan berkeupayaan ini lah kita perlu mencari pelbagai pengalaman sebanyak yang mungkin. Insha Allah, selagi hayat dikandung badan.

Dan yang terakhir, aku kini berada di Semester 2 Tahun 1 dan masih mempunyai 3 tahun lagi untuk bergraduasi dengan jayanya. Insha Allah Aaamiin.

Kelak mun kmk ada masa free lagik,kmk padah lagik sama ktkorang satu persatu. Mun sik ada masa free,kmk cuba carik. Insha Allah.

-Assalamualaikum-


No comments:

Post a Comment

:)

Like ?