Tuesday, January 26, 2016

Janji ALLAH itu pasti :)

Bismillah ♥

Assalamualaikum dan hai. Hati ini sangat lah gembira yang tidak terhingga. Gembira kerana akhirnya berjaya menunaikan permintaan Ayah dan Emak sepanjang dalam hidup ini.

Kalau sebelum ni entri pasal nak jawab exam, kali ni pasal result nya pula. Actly, keputusan keluar semalam lagi tapi disebabkan diri ini sangat penakut dan kurang keyakinan diri, jadi ditangguh dulu lah keinginan nak check result tu. Bukan apa, takut perkara masa semester satu dulu berulang kembali. Takut sangat kecewa dengan result yang bakal dilihat tu atau lebih tepat, takut sangat kecewakan Ayah dan Mak.

Result semester lepas tak bagitau pun Ayah dengan Mak sebab sangat sangat teruk. Teruk takat mana? Hmm. teruk sampai pointer bawah 3... Itu kalau bagitahu Ayah dengan Mak, memang kena goreng dengan minyak panas lah telinga aku ni. Hahahahaaa..

Bila lihat result seteruk tu, nangis memang sah lah. Nangis sampai puas masa tu dan lepas tu tekad tak nak kecewakan harapan Ayah, Mak dan diri ni sendiri. I need to do something for the next semester. *janji dalam hati*

Alhamdulilah, semester seterusnya tu (SEMESTER 2) segalanya berjalan dengan lancar dan baik walaupun duduk di rumah sewa. Tetapi biasalah manusia macam aku ni, yang mana iman sentiasa turun dan naik, ada ja perkara yang aku buat sampai lalai pada kewajipan pada Allah, janji pada Ayah, Mak dan diri sendiri. Bila Allah dah bayar cash, baru lah tersedar dan insaf tapi macam aku cakap ada turun ada naik nya.

Alhamdulilah, waktu tu belum terlambat. Sikit sikit aku cuba nak bangkit balik samada dalam hal hal akhirat mahupun hal hal dunia. Alhamdulilah, Allah bagi peluang dengan baik sekali. Pembelajaran aku masa semester 2 berjalan dengan baik, lancar dan mudah. Alhamdulilah sangat dengan segala carry marks yang pensyarah bagi dan alhamdulilah Allah bantu dalam  menjawab exam hari tu serta berkat doa doa Ayah, Mak dan adik beradik.

Janji Allah itu pasti sangat. Siapa yang jaga Allah, Allah akan jaga dia. Keputusan peperiksaan untuk semester ini sangat lah diluar jangkaan dan alhamdulilah melebihi apa yang dihajati oleh hati ini. Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Moga sentiasa ada lagi ruang seperti ini supaya aku dapat membahagiakan hati kedua orang tua aku lagi. Aaminn. :)

Pesan aku buat mereka yang adakalanya kecundang, jangan bersedih terlalu lama. Bersedih itu boleh tapi jangan sampai mengabaikan segala peluang yang mungkin datang. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Ia tak mudah dan juga bukan lah susah, cuma kita perlu lebihkan sedikit usaha lebih dari apa yang kita lakukan sebelum ini. Insha Allah, andai ada rezeki kita untuk hal yang itu, Allah akan berikan. :)

Terima kasih banyak banyak buat keluarga, pensyarah dan kawan kawan yang sentiasa membantu.

Sekian,

Salam sayang dari saya, :)

No comments:

Post a Comment

:)

Like ?