Sunday, March 6, 2016

Sikap

Bismillah ♥

Hai, I'm writting again. just a simple entry I guest :)

Sikap. Apa itu sikap ? Ada apa dengan sikap ? Penting ke sikap tu ?

Kadang kadang, soalan soalan tu yang bermain dekat kepala aku sebab aku pelik dengan SIKAP sesetengah manusia yang ada dekat muka bumi ni termasuk lah dengan sikap aku sendiri.

Ada sikap yang baik, ada sikap yang kurang baik. Agak agak sikap mana yang banyak dalam diri kita atau 50 50. Hmm. Tanya lah diri sendiri..

Kebanyakan yang aku dengar dan baca, sikap ni bergantung jugak dengan layanan orang ke diri kita. Betul ke ? Kalau baik, baik lah, kalau tak baik, tak lah. Gitu ke ? Hm. Entah lah nak. Lain orang lain pendapat, ye dak ?

Gini, aku sebenarnya nak cakap pasal ada satu sikap ini iaitu sikap endah tak endah. Agak agak elok ke sikap tu ? Mungkin bergantung jugak lah. Aku pun tak tau lah apa pandangan atau pendapat orang pasal sikap ni.

Tapi bagi aku, aku tak beberapa suka dengan sikap ni. Bukan apa, kalau ada benda benda yang penting nak dibuat atau nak dibincangkan kan, pasti manusia manusia yang bersikap macam ni yang akan merosakkan semuanya.

Lagi satu, manusia manusia yang mempunya sikap macam ni yang akan menjadi punca berlakunya sesuatu yang tak diingini atau dalam erti kata lain akan MENYUSAHKAN orang lain..

Jadi, aku harap semoga aku dijauhkan dengan sikap endah tak endah ini dan aku harap manusia manusia yang telah dijangkiti oleh sikap ini dan telah merebak ke jiwa mereka SEDAR akannya dan BERUBAH lah. Itu saja.

Hormati oraang lain. Jangan susahkan orang lain. Hidup bahagia..

Sekian,


No comments:

Post a Comment

:)

Like ?